Wednesday, March 9, 2011

PR is not a department, It isan Aattitude

Lama sangat rasanya akak tak update blog. Hari ni tangan terasa gatal pulak nak manaip, kepala pulak ligat nak berfikir. Akak nak kongsi sikit pengalaman di tempat kerja akak baru ni. Almaklum, semenjak kepulangan VP ke gangang Division kami, terasa sangat perubahan semangat kerjaku. Bukan apa VP kami ni seperti bapa-bapa, well sememangnya dia seorang bapa yang penyayang kepada anak-anaknya (of course lah kan, mana ada bapa tak sayang anak). So oleh kerana sifat kebapaannya itu , dia gemar menerapkan nilai-nilai murni dalam budaya kerja di tempat kami. Akak sememangnya menyokong usaha beliau sebab bila nilai-nilai budaya ini diterapkan dalam budaya kerja. Apabila budaya ini menjadi amalan, maka wujudlah rasa tanggungjawab terhadap kerja, terhapus sikap malas dan dengki sesama rakan sekerja, kejujuran dalam menjalankan kerja akan menjadi amalan harian, maka segala sikap negatif terhapus dan berkembanglah sikap positif di dalam setiap pekerja.

Pada suatu hari VP kami telah memberi arahan kepada "designer" kami untuk memprint satu kata-kata hikmat berbunyi kurang lebih " PR is not a department , it is attitude" dan dia minta kata-kata itu di tampal di setiap sudut kami bekerja. Ada sesetengah pihak memandang tindakan ini tak berfaedah, sebab ramai yang tidak akan dapat memahami kata-kata hikmat sebabnya ramai dari kami terdiri dari AP dan CRO. Tapi sayang kenapa mereka tidak mengambil perkara ini secara positf? seorang yang positif akan cuba memahami dan mengambil iktibar dari kata-kata hikmat itu.

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata hikmat tersebut. Sebenarnya PR itu bukan sahaja penting untuk jabatan perhubungan awam sahaja malah ia berperanan penting dalam diri setiap invidu kerana dengan adanya PR barulah kita dihormati, dan di pandang tinggi. Kalau kita tak ada PR, Akak percaya kita akan banyak menghadapi masalah dalam melunaskan kerja seharian kita.

PR ni sebenarnya bukan sahaja penting di PR department sahaja malah ianya penting dimana-mana jabatan sekalipun lebih-lebih lagi di HR sebab diHRlah syarikat akan membentuk human capitalnya.Cuba anda bayangkan HR tanpa PR, bagaimana seorang HR eksekutif atau pengurus HR dapat berkomunikasi secara efektif serta menyelesaikan masalah pekerja secara efektif? ini kerana PR meliputi banyak cabang skills lebih-lebih lagi berkomunikasi. Bayangkan bila HR tidak mampu berkomunikasi secara efektif, pasti banyak masalah tidak dapat diselesaikan apabila kekurangan maklumat punca masalah, mungkin juga banyak informasi tidak dapat disampaikan kepada pekerja. Apabila perkara-perkara asas seperti ini tidak dapat diselesaikan, maka ramai pekerja yang kecewa dan kurang kepercayaan terhadap HR. Akhirnya tahap motivasi berkurangan.

Akak menyeru sangat selain daripada mana-mana jabatan, jabatan sumber manusia (HR) perlu kukuh dengan skil PR mereka agar mereka dapat berkomunikasi dengan pekerja secara efektif,menyelesaikan masalah secara efektif dan berfikiran terbuka. Ini kerana PR menuntut pengamalnya supaya bersikap terbuka dan positif. Dan HR adalah sepatutnya menjadi contoh serta pengamal PR yaang terbaik.

No comments: