Friday, March 11, 2011

Malaysian Attitude

Akak sangatlah berbangganya menjadi rakyat Malaysia. Tiada peperangan , aman, dan makmur. Namun akak kadang-kadang kecewa dengan sikap masyarakat Malaysia yang kurang disiplin dan perihatin dengan keadaan sekeliling.

Kita ambil contoh kecil, masalah sampah. Sebenarnya kalau anda berjalan di lorong-lorong di bandar-bandar besar di K.L atau di P.J, keadaannya amat memalukan, sampah merata-rata dan tikus berkeliaran. Tengok kepada penjaja kaki lima pun kita dah tahu tahap kebersihannya, dan disiplin mereka, tapi masih ramai membiarkan ini berlaku malah meggalakkan ianya berlaku.

Kita tidak pernah hirau bagaimana keadaan ini boleh berlaku, tidak pernah perihatin dengan keadaan yang terjadi. Kerana apa? sikap tak kisah. Sebenarnya memang boleh buat sikap tak kisah tapi kena ada disiplin dan perihatin. Bagaimana? anda boleh tak kisah lihat orang lain tidak menghiraukan kebersihan , tapi anda mesti ada sikap disiplin untuk tidak membuang sampah merata dan mesti ada perihatan untuk melihat kawasan sekeliling anda bersih. Apabila setiap individu punya disiplin dan perihatan, pasti tiada sampah yang akan dibuang dan keadaan sekeliling kita menjadi bersih.

Namun, masayarakat Malaysia yang saya perhatikan, ramai yang taksub dan kagum dengan kebersihan negara jiran, tapi peliknya di negara tersebut pandai pulak nak ikut peraturan seperti tak membuang sampah dan sebagainya, tapi bila pulang ke tanah air, tisu sekepingpun tak reti nak buang ke dalam tong sampah. Adakah ini kerana masalah "attitude" atau kurangnya enforcement?. Saya rasa ini masalah kedua-duanya sekali sebab ianya berkait rapat.

Akak beri satu contoh, di Malaysia banyak tempat yang di tampal notis, "Jangan Buang Sampah, Denda RM500", tapi oleh kerana sikap orang Malaysia yang berasa dia lebih tinggi dari undang-undang, maka di tempat inilah sampah di buang, dan kerana kurangnya sikap perihatin pihak berkuasa, maka tiada apa-apa tindakan yang di ambil dan berlonggoklah sampah di notis tersebut. Bila terjadi seperti ini maka banyak bandar-bandar di Malaysia ni lebih kurang setaraf dengan bandar-bandar di negara lain yang baru nak menaikkan ekonomi mereka seperti Ho Chih Minh dan Chiang Mai, bila kita bercakap tahap kebersihan bandar.

Ini mungkin menjadi masalah besar kalau kita sendiri tidak mengambil inisiatif sendiri. Tapi bagaimana? sebenarnya kita boleh mulakan di rumah, kita amalkan buang sampah ke dalam tong sampah, bila buang sampah di pusat pengumpulan , pastikan ianya dibuang secara sempurna, bukan main campak-campak je.

Tapi kat Malaysia ni pelik sikit masyarakatnya, dia yang campak sampah tu kat pusat pembuangan dan menyebabkan sampah berselerak di pusat pembuangan, boleh pulak harap orang selesaikan masalah dia dengan mengadu kat TV lah, kat biro lah, padahal sendiri buat. Yang paling jelik tu boleh pula duduk di rumah mereka membiarkan sampah tu terbiar begitu sahaja sehingga mengeluarkan bau yang kurang dan menyenangkan. Nampak sangat kadar masyarakat Malaysia yang kurang perihatin ini sangat tinggi.

akak inginlah nak syorkan kepada pihak berkuasa tempatan membuat kajian berapa banyak kawasan paling bersih berbanding kawasan paling kotor. Akak percaya, keputusannya mesti banyak yang kotor dari yang bersih (tapi kajian ini perlu dibuat oleh orang luar supaya kajian itu telus tidak dipengaruhi sifat "defensive" pihak berkuasa tempatan.

Marilah kita renung-renungkan.....

No comments: