1. Bila apa yang didoakan termakbul.
Dulu cita-cita saya bila dah habis belajar dan bekerja ialah untuk membantu my parents. Salah satu cita-cita itu ialah membelikan sebuah kereta untuk abah kerana semasa belajar abah beri saya guna keretanya untuk pergi belajar. alhamdulillah, bila sang kancil saya telah terlansai hutangnya maka saya berikan kancil itu kepada abah sebagai balasan.
2. Untuk membeli sebuah rumah dengan hasil usaha sendiri.
Dulu saya bercita-cita untuk membeli sebuah rumah agar dapat saya berkongsi hasil usaha saya itu bersama abah dan emak yang telah membesarkan dan memberi perlindungan yang secukupnya kepada saya. Alhamdulillah tercapai cita-cita itu walaupun tidak dapat berkongsi untuk jangkamasa yang panjang namun semalam mereka bermalam dirumah tersebut telah memberikan kepuasan pada saya. Yang paling membanggakan setiap sudut rumah tersebut merupakan hasil usaha saya sendiri tanpa meminta sesenpun daripada sesiapa.
3. Dapat membantu adik-adik.
alhamdulillah dengan adanya rezeki yang Tuhan beri dapat saya berkongsi rezeki yang diberi dengan adik beradik yang masih memerlukan. Tidak banyak, walau sedikit harapnya dapat membantu mereka ketika mereka berjuang mencari ilmu. Diharap mereka dapat menghargai segala usaha dan budi ibu dan bapa.
4. Sekiranya saya berumahtangga, dapat memberikan yang terbaik
adalh menjadi impian saya apabila berumahtangga saya ingin menjadi yang terbaik untuk suami dan anak saya. Sebaik mungkin saya mahu membantu suami tercinta dan memberi yang terbaik kepada anak kesayanganku. Alhamdulillah, mungkin tidak yang terbaik kepada mereka tetapi yang terbaik dapat saya berikan kepada suami dan anakku yang tersayang. Seperti pesan emak, beri yang terbaik untuk mereka. Pesan abah pula, biar bertapa buruk atau kurangnya suami atau anak kita, mereka tetap suami dan anak kita dan seharusnya yang terbaik untuk mereka. Saya tetap bahagia
No comments:
Post a Comment