Saya baru pulang menziarahi sepupu suami saya yang sedang dalam keadaan kritikal di serang sakit jantung. Pada umurnya di awal 40 an, dia telah mendapat serangan jantung. Kesian dan sedih melihat nasib anak-anak dan isterinya. Inilah yang dikatakan kehidupan kita di dunia ini hanya pinjaman. Bila-bila masa sahaja Tuhan menguji, mengambil hakNya. Kita ini sebenarnya hanya meminjam darinya.
Semoga Tuhan memberi perlindungan kepadanya dan keluarganya.
No comments:
Post a Comment