Monday, February 23, 2009

Melayu.. Melayu.. Melayu.. Dimana Salahnya ?

Apa nak jadi dengan orang Melayu kita. Hari ni kawan saya cerita keluar berita pasal seorang pegawai polis bantuan menyamun. Melayu.... saya baca berita, seorang budak Melayu yang koma akibat dibelasah teruk sekumpulan budak MELAYU meninggal gara-gara seorang budak perempuan MELAYU. Beberapa bulan lalu seorang budak perempuan MELAYU di Johor cuba membunuh diri sebab berkelahi dengan kekasihnya. Semalam semasa saya on-line dengan sahabat saya berbangsa deutch bercerita yang dia baru merasuah seorang polis Melayu untuk lepas daripada saman speed trap. Malu dengan ceritanya saya terus offline dengan dia.Di mana silapnya...rasanya bukan salah ibu mengandung tapi mungkin pemakanan dan kurang pendedahan keilmuan terhadap mereka. lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kampung.

Mereka terlalu ghairah dengan kemewahan yang dipaparkan diTV, banyak sangat cerita Melayu yang mendedahkan kelemahan orang Melayu tetapi menjadi kebanggaan kehidupan. Contoh cerita rempit, Kl menjerit, KL drift dan anak halal banyak menagih simpati penonton supaya mengagungkan bekas mat rempit atau mat rempit. jarang sangat kita tonton cerita Melayu yang yang menceritakan tentang perjuangan, semangat, kononnya untuk mengejar kesenian. Tapi mana maruahnya. Cerita Melayu tentang survival boleh dikira dengan jari. Kono-konon nak ikut cerita orang putih, komennya kalau cerita orang putih tak logikpun kita tenagok. Tapi bila dikaji, memang kadangkala cerita orang putih tak lojik tapi mereka tetap menerapkan nilai-nilai semangat, seperti ketenteraan, kreativiti, suvival. Lepas tu cerita orang putih berbagai dan boleh dipilih. Cerita melayu dah lah tak banyak nak tengok tak ada banyak pilihan maka tengokjelah apa yang dihidangkan. Akibatnya ianya menjadi contoh dan ikutan.

Pemakanan juga menjadi salah satu faktor penyumbang keruntuhan moral anak-anak Melayu. Seperti kata Prof Di Raja Ungku Aziz, pemakan penting dalam pembentukan minda. Kita sebenarnya adalah lebih elok makan ikan yang kaya dengan omega 3 yang dapat membantu rangsangan otak, sayur-sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C. Buah-buahan. Tapi cuba kita lihat anak-anak Melayu kita mereka lebih suka makan roti canai yang murah tapi banyak kolestrol melembapkan rangsangan otak. Banyak minum teh tarik yang kaya dengan krimer dan condensed milk yang banyak gula. Tidak ini semua memudaratkan. Cuba kita lihat mak-mak kita di kampung dulu-dulu, setiap hidangan makan tengah harinya mesti ada sayur dan ikan. Tapi berapa ramai anak Melayu yang makan di rumah? mereka lebih gemar makan di luar bersama kawan-kawan. Kita lihat bagaimana Rasulullah menjaga pemakanannya, tapi ada anak-anak Melayu kita mencontohinya? ada tapi berapa kerat sangat? Yang ikut cara pemakanan Rasulullah biasanya yang berjaya tapi yang tidak biasanya jadi mat rempit, penyamun.

Saya terbaca article bagaimana orang yahudi menjadi bangsa yang hebat dan bijak, semuanya bermula dengan pemakanan. Bukan bermakna saya menyokong yahudi tetapi cara pemakanan yang boleh di contohi untuk membina bangsa yang boleh berfikir dengan rasional dan maju, patut di contohi. Orang Melayu kita ramai yang songsang, yang baik tak nak ikut yang tak bermoral mereka suka ikut.

Tapi saya sangat respect orang Melayu yang sebenarnya bukan orang Melayu seperti contoh orang Aceh, Bugis, Jawa, India Muslim/ mamak, mereka kebanyakkannya sangat rajin, bersemangat. Mungkin tidak sehebat Einstein, Henry Ford atau Alexander Graham Bell, tapi setidak-tidaknya mereka telah berjaya menakluk dan berkembang di gugusan Kepulauan Melayu. Kita sememangnya serumpun , namun bila dikaji semula Melayu pendatang yang sedar akan asal usul dan keturnanya adalah lebih bersemangat, daripada Melayu yang mengaku penduduk asal Tanah Melayu yang komplesan atau selesa dengan tempat asal mereka sedangkan Melayu pendatang mereka lebih berjaya kerana survival. Budak-budak Melayu sekarang bukannya boleh nak teroka tanah nak beli rumah sebesar 50 x 70 kaki pun tak mampu.

Saya ada seorang housemate mat Saleh yang berasal dari U.K semasa belajar di UiTM Shah Alam. katannya, Melayu yang paling rajin adalah kelompok Melayu yang dinamakan orang Jawa. Bangga pula rasanya kerana saya berketurunan Jawa. Lihat sahaja keluargaku sendiri, tok nenek telah meneroka kampung kanchong darat yang pernah menjadi kampung contoh, terbaik di malaysia. Bekas menteri Besar Selangor ke-3, Allahyarham Dato' Hormat Rafei adalah dua pupu ayahku. Kalau dilihat sebelah suamiku pula kebanyakkan pak cik dan makcik termasuk ayahnya orang yang agak berpengaruh di Alor Star dan mereka bukan berasal dari Tanah Melayu sendiri, ayah mertuaku berdarah India Muslim, mak mertuaku pula berdarah Aceh. Dan mereka adalah golongan-golongan Melayu yang berjaya.

Anak-anak Melayu yang ada di kampung sekarang perlu berubah, berpandangan jauh seperti anak-anak Melayu yang tinggal di bandar yang mementingkan pelajaran, masa hadapan, kreatif dan determination hidup supaya kehidupan mereka lebih terarah. BANGUN, BUKA MINDA DAN BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN. Mungkin perlu diadakan ceramah-ceramah motivasi untuk anak-anak sekolah seawal sekolah rendah seperti zaman sekolah-sekolah saya dulu supaya dapat merangsang semangat untuk berjaya dikalangan anak-anak kita. Bekas pelajar-pelajar sekolah yang telah berjaya menjalani kehidupan pekerjaan dan menjejakkan kaki ke menara gading perlu dipanggil untuk memberi ceramah tentang survival kepada anak-anak sekolah kita. Tidak perlu seorang itu menjadi millionaire baru dipanggil menjadi penceramah, eksekutif biasa juga layak memberi ceramah asalkan mempunyai ciri-ciri kebaikan , semangat, dan kerativiti dalam dirinya.

No comments: