Saturday, March 29, 2014

Masa Berubah, Ketentuan Allah, Peta Allah, Kita hanya Tawakkal & Redha

Tanggal 1 March 2014, merupakan bermulanya fasa baru dalam kehidupan keluarga kami. Suamiku telah mula bertugas jauh di Ho Chi Minh dan terpaksalah berpisah untuk sementara waktu. Minggu pertama berjauhan merupakan perubahan baru yang agak mencabar. Mulai minggu pertama berjauhan saya terpaksa belajar untuk menguruskan hal hal rumah sendirian, selain hal hal rumah , saya juga perlu meguruskan hal hal suami di sini, hal hal anak juga hal diri sendiri.

Mulanya rasa sangat mencabar. Namun dengan mendengar perkara perkara positif dari ustaz ustaz serta ustazah ustazah di tv dan internet, Alhamdulillah ianya membuka minda dan menjadikan saya lebih positif. Saya bersyukur kerana telah diberikan ujian Allah, berjauhan sementara dengan suami saya. Keadaan ini membuatkan saya lebih kuat untuk menghadapi kesukaran, kerana bila susah, saya akan berdoa kepada Allah memohon pertolonganNya agar dipermudahkan perjalanan kehidupan harian kami. Teringat saya pada kata kata seorang pakar motivasi wanita, kita hanya bergantung kepada Allah sahaja, bukan pada manusia atau pada sesiapa. Hidup kita ini telah ditetapkan oleh Allah, maka segala perbuatan kita, segala tindakan kita, serta segala usaha kita hendaklah kita bertawakkal kepada Allah kerana kehidupan kita telah dipetakan oleh Allah. Maka dengan itu saya percaya, walau susah macam mana cabaran yang saya terima, saya pasti allah akan mendengar saya bila saya meminta padaNya.

"Ya Allah, aku memohon kepada mu agar dipermudahkan kehidupan kami di sini dan suamiku di sana, sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui dan maha memakbulkan permohonan hambamu"...Ameen Yarabbal'alamin...

No comments: