Best sungguh raya tahun coz dapat beraya di kampung. Personally I love to celebrate raya in banting sebab terasa sangat kemeriahannya jika dibanding beraya di bandar. Maklumlah, saya ni memang orang kampung sejati. Beraya di kampung meriah sebab dapat berjumpa sanak saudara yang lama tak berjumpa. Di bandar kurang meriah sebab tradisi berkunjung tidak diamalkan. Orang kampung suka melayan tetamu dan lebih terbuka menerima tetamu tidak kira hari dan waktu kerana pada mereka tetamu yang datang adalah kebaikan kerana dapat merapatkan hubungan kekeluargaan yang jauh, mengajar kita susur galur keluarga. Satu lagi saya yang saya suka positivnya orang kampung ni , mereka menganggap tetamu sebagai rezeki yang datang ke rumah, walhal bila tetamu datang sebenarnya lagi banyak belanja yang dikeluarkan. Tapi pada mereka lebih banyak mereka makan dirumah tuan rumah lebih banyak pahala mereka beri pada tuan rumah.
Beraya di bandar agak kurang meriah kerana peryaan lebih tertutup kepada hubungan keluarga ibubapa dan anak. Jarang perjumpaan dipanjangkan kepada saudara jauh. Sesetengah orang bandar pula tak suka penat melayan tetamu. Biasanya dibandar tetamu dijamu semasa rumah terbuka sahaja sebab tuan rumah melayan tetamu sekali sahaja semasa rumah terbuka. Mungkin sebab mereka penat bekerja dan peluang cuti beraya diambil kesempatan untuk berehat.
Anyway, for me the best hari raya is at kampung, the spirit is there, the relationship is so close and borderless. Best sangat.
Kepada semua Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin jika ada tersinggung hati, tersalah bicara dan terlanjur perbuatan.

No comments:
Post a Comment