22/8/2009, Ramadhan kembali lagi. Bulan mulia yang dinanti. Bila mulanya Ramadhan we can feel the diffrence. Aura bulan Ramadhan memang hebat, on Friday, when I was on my way back home from office, masjid di TTDI dah penuh menandakan bermulanya sembahyang terawikh. Semalam hari pertama berpuasa, ujiannya memang hebat, maklumlah hari pertama. Pagi bersahur, sebab malas nak buat preparation, tart nenas menjadi pelapik perut. Semalam juga kami pergi mengambil anak kesayangan kami di Banting.
Seperti tahun-tahun terdahulu, ada pasar ramadhan di depan rumah di Kanchong Darat. Maka bermulalah kesibukan di depan rumah kami, mana taknya, dengan budak-budak pergi balik sekolah, bertambah lagi dengan construction of the flyover bridge yang baru bermula serta kesibukan bazaar ramadhan. Yang paling boring bila orang yang datang memebeli di bazaar ramadhan parking sesuka hati sampai block entrance masuk ke rumah kami. Sometimes, I think they have no brain or selfish. Nak jadi cerita, semalam terjadi kekecohan bila majlis daerah mengarahkan pegerai berpindah ke tempat baru yang disediakan. Mengapa, tapak bazaar lama berpindah ke tempat baru, adalah bertujuan mengelakkan kesesakan yang bertumpu di kawasan sekolah dan construction flyover bridge. Tujuan memindahkan tapak bazaar itu sangat dialu-alukan kerana ianya dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini akibat daripada kesibukan yang tidak terbendung. Tetapi yang paling tak faham, pegerai-pegerai kampung yang kurang pengetahuan tentang keselamatan, dan perancangan telah dieksploitasi ahli politik yang mengambil kesempatan memancing pengikut dengan membawa isu-isu bodoh dan memperpodohkan pegerai kampung. Kesian pegerai kampung yang kurang pengetahuan ini. Alasan yang diberi antaranya :
1. mereka dah berbelas tahun berniaga di situ sempena ramadhan.
2. Tempat baru berdebu yang sebenarnya mengania penjualan mereka.
Pada saya, kita sekarang perlu perubahan demi kebaikan, tapi kenapa ahli politik kita bersikap sedemikian? menghalang perubahan? Ini antara masalah yang UMNO hadapi kerana sesetengah ahli mereka tidak di pantau dan mementingkan diri sendiri. Mereka sepatutnya mengalakkan perubahan untuk kebaikan. serta mengajar pegerai kampung untuk berfikiran lebih terbuka dan tidak mementingkan diri sendiri. Saya takut, pemimpin UMNO dikampung-kampung ini sebenarnya kurang pengetahuan dan berfikiran kolot. Perkara-perkara ini sebenarnya yang akan menjatuhkan sesebuah parti. Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak dan saya juga bukan ahli politik tetapi saya sedih bila orang Melayu diperbodohkan oleh bangsanya sendiri.
Petang itu kami meninjau tapak baru untuk bazaar ramadhan, sebenarnya tidaklah jauh mana hanya bersebelahan malah lebih selesa kerana jauh daripada construction site dan kesibukan anak-anak pergi balik sekolah. Saya meneyeru supaya rakyat Peniaga-peniaga bazaar Ramadhan di Kanching Darat bersikap lebih terbuka regardless whatever fahaman politik apa yang mereka pegang, tapi yang pentingya, binalah sikap yang lebih terbuka, buangkan sikap mementingkan diri sendiri, fikirkanlah keselesaan orang sekeliling dan peliharalah fasiliti yang sedia ada. sekiranya anda berpindah ke tapak baru maka keindahan sekolah, home stay dan dewan orang ramai lebih terpelihara. Lagi satu apa guna ada penguatkuasa bila kuasa mereka tidak diendahkan. Selalu ahli parti kerajaan yang menentang kerja-kerja yang menghalang kerja penguatkuasa tapi semalam terbalik ahli perti kerajaan mengajar penduduk tempatan menentang kuasa penguatkuasa tempatan , pelikkan?.So fikir-fikirlah, adakah ini kerja kebajikan atau kerja orang-orang yang mementingkan kedudukan?.
No comments:
Post a Comment