Monday, June 15, 2009

Anak Daraku Yang Comel







Hari-hari dilalui tanpa Shakira memang rindu ku rasakan. Aku rindu telatah nakal dan manjanya. Dia memang bijak dan comel cuma kadang-kadang pemalu. Tapi hatinya keras, kalau dia hendak sesuatu pasti dia akan mendapatnya. Namun begitu dia seorang yang penyayang. Kadang-kadang bila dia bersama sepupunya, dia begitu protective dan penyayang. Pernah suatu hari adik sepupunya terhantuk kepala cerita neneknya kepadaku, Ibuku yang cukup arif dengan perangainya menceritakan bahawa dia memujuk adik sepupunya dang mengajaknya berjumpa doktor.



Garang-garang anankku , sebenarnya dia seorang yang panakut pada suara guruh dan petir serta suara bising diluar sana. Semakin besar semakin banyak kerenahnya. Tempat kunjumagn favouritenya ialah IKANO sebab kat Ikano ada Vroom.. vroom. Pernah suatu hari, kerana obsess nak naik vroom...vromm sampai tertidur dia di dalam vroom..vroom. nak tahu apa itu vroom.. vroom... lihatlah gambarnya.






3 comments:

aYu MaCCa said...

memang chumel..yg mahal rambut nyer.
i likee (^_^)

Ummu Abiha said...

wah, dah besar yer anak kak sue.. cepat betul masa berlalu.. sekali lagi kak sue update, tgk2 dah remaja dah... wah gitu.. xlama lagi tentu dia dapat adik kan.. :)

ciksugallery said...

dia sajelah penawar hati kami.memang semua orang suka rambut dia. Dan memng cepat masa berlalu,rasanya baru semalam lahirkan dia hari dah besar nak sama tinggi dengan mummy dia. Isnyaallah jika ada rezeki diizinkan Tuhan. Doakan Shakira dapat adik yea