Hari-hari orang cakap pasal minyak naik. Kenapa tak sibuk-sibuk cerita "what should we do to survive" bila harga minyak naik, harga barang naik?. Dulu banyak sangat kempen minum air kelapa muda, makan daging arnab. Kenapa tak sekarang adakan kempen-kempen seperti ini supaya orang lebih berjimat? Kenapa kita tak buat kempen naik kereta "carpool" pergi kerja, naik basikal pergi kerja, jalan pergi kerja? Apa kata syarikat-syarikat sediakan kenderaan ambil pekerja dan hantar pekerja seperti pekerja kilang?. Kenapa tak ada lagi kempen-kempen jabatan pertanian seperti dulu. Kenapa tak adakan kempen tanam sayur di rumah?. Kenapa tak galakkan pekebun kecil atau individu tanam sayur dirumah?. Kenapa biarkan syarikat-syarikat besar yang dulu berasaskan perladangan berpindah ke industri Perumahan? seperti Guthrie yang sekarang concentrate more on their housing estate as compared to thier palm estate?. Berapa banyak rumah nak dibina yang orang kaya sahaja boleh beli tapi orang sederhana dan kurang berkemampuan tak mampu beli?.
Nampaknya "Malaysian" sekarang sekarang semakin"selfish". Mereka lebih mementing kepentingan mereka daripada orang lain yang memerlukan. Tak payah pergi jauh, I duduk di Perdana Emerald yang rata-rata orang yang berpendidikan dan berkemampuan, tapi sayang mereka kebanyakkannya selfish. Nak parking pun dah tak tahu nak baca sign . One way dah jadi two. Keluar parking lalu entrance kononnya nak dekat dan cepat. Tapi rasanya nak jimat minyak, maklumlah minyak dah mahal. Dah tu kalau tak mampu pakai kereta naik bas jelah.
Maintenance fee tak bayar, kad kena block. Tak dapat masuk pecahkan pintu. Kalau tak mampu bayar maintenance duduk kat kampung je. Dah duduk kat tempat hebat tapi tak ajar anak tentang disiplin. Kecil-kecil lagi dah ajar anak kencing di shower . Tak ada rasa malu dengan kejiranan. Ke mana perginya disiplin diri?. Sangat menyedihkan masyarakat kita hari ini.
Apa nak jadi dengan kita sekarang dan akan datang?
No comments:
Post a Comment