Ini hanyalah pandangan saya yang datang dari my observation tentang kehidupan berumahtangga orang orang disekeliling saya. Pada saya hidup berumahtangga adalah satu takdir dan challenges. Dalam berumahtangga both husband and wife perlu memainkan peranan masing masing serta lengkap melengkapi kekurangan pasangan. Dulu sebelum saya berkahwin saya pernah rasa kecewa sebab tak ada boyfriend and sometimes I rasa Tuhan unfair to me sebab tak beri I muka yang cantik, keluarga yang berharta dan hidup yang sangat sederhana. Tetapi, selepas mendengar beberapa program Datuk Dr. Fadilah Kamsah, dan mula membaca artikel artikel motivasi di majalah dan surat khabar, fikiran saya mula berubah.
Jodoh pertemuan Allah dah tentukan, namun kita sebagai manusia perlu bersyukur dan berusaha sebab kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk kita. Kerja kita dalah berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan. Jadi kalau kita mahu keluarga yang bahagia kita kena usaha untuk jadikan keluarga kita bahagia. Untuk bahagia, kita kena ada komunikasi, persefahaman, tolak ansur dan saling bantu membantu. Kita bukanlah mahluk yang sempurna dan tiada siapa di dunia ini sempurna. Semua manusia penuh kekurangan, jadi janganlah merasa diri kita lebih dari pasangan kita. Pendekatan yang terbaik adalah sama-sama belajar untuk memenuhi keperluan pasangan masing-masing sesempurna yang boleh.
Pada saya apabila kita telah berkahwin, institusi perkahwinan itu perlu di jaga dan dikemudikan oleh suami dibantu oleh isteri tanpa perlu melibatkan ibu bapa dalam pengemudian institusi keluarga itu. Pengemudian keluarga oleh suami isteri tanpa penglibatan ibubapa/ mertua bukan bermaksud melupakan jasa mereka atau meninggalkan tanggungjawab kita kepada ibubapa/ mertua kita, tapi ia lebih bermaksud tidak melibatkan ibubapa/mertua didalam keputusan keluarga sendiri atau ketidaksefahaman sesama suami isteri. Jangan biasakan ibubapa/ mertua membuat keputusan untuk dan dalam perancangan suami isteri untuk keluarga anda.
Ibubapa/mertua juga perlu memberi sokongan dengan tidak mencampuri urusan rumahtangga anak-anak, contohnya keputusan dalam membeli rumah, menghantar anak ke sekolah mana atau keputusan dalam pemilihan kerja. Adalah sangat bahaya bila ibubapa mencampuri urusan rumahtangga anak-anak seolah-olah mereka tidak dihormati sebagai ahli keluarga. Sebagai contoh, seorang ibu membuat keputusan untuk membeli rumah untuk anak lelakinya. Memang ia kelihatan normal seorang ibu rasa bertanggungjawab menjaga kebajikan anaknya, tapi bila si ibu membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan dengan anak dan menantu, itu mungkin akan menyebabkan menantu terasa dipinggirkan sedangkan dia sudah menjadi sebahagian keluarga anaknya. Ibu bapa juga kena menghormati menantu sebagai ahli keluarga dan bukannya menganggap menantu sebagai orang luar.
Sebagai suami pula, dia perlu ada pendirian dalam membuat keputusan. Isteri pula, harus redha dengan keputusan suami dan bersyukur dengan apa yang ada. Isteri jangan sesekali berharap sesuatu balasan atas setiap apa dilakukan. Lakukan sesuatu untuk keluarga dengan keikhlasan supaya mendapat berkat dan Allah tahu apa yang kita lakukan dan apa yang ada di dalam hati kita.
Isteri pula janganlah suka mengambil kesempatan terhadap kesenangan keluarga suami. Isteri, kalau suaminya susah, cubalah bantu apa yang boleh untuk melapangkan suami. Ada saya perhatikan, bila si isteri berkahwin dengan anak seseorang yang berpangkat, dia fikir suaminya senang dan berharap hidupnya senang seperti ibubapa mertuanya sedangkan suaminya hanya bekerja biasa-biasa sahaja. Apabila, apa yang diharapkan daripada suami tidak tertunai, si isteri merasa kesal dan sedih. Kenapa dia berasa kesal? kerana niat perkahwinannya itu salah. Kalau niatnya berkahwin kerana untuk bersama suaminya kerana sayang, pastinya dia mampu menerima keadaan suaminya seadanya. Kerana yang berharta itu pasangan ibubapa mertuanya dan bukan anaknya. Tapi kalau si isteri redha dengan kesusahan atau kekurangan suami dan berkahwin kerana sayang maka, sesusah mana si suami, si isteri akan setia dan berusaha untuk memperbaiki keadaan yang serba kekurangan. Saya percaya, kalau seorang isteri itu seorang yang positive, redha dan percaya Allah sentiasa ada dengan dia, maka InsyaAllah, akan ada jalan penyelesaian dalam kekusutan rumahtangga dan keberkatan dalam hubungan kekeluargaan.
Bagaimana untuk menjadi seorang yang positive dan selalu bersyukur dan redha?. Caranya, kalau kita kurang agama selalulah dekatkan diri dengan mendengar atau belajar dari pakar pakar motivasi seperti Prof Dr Muhaya, Prof Dr Fadhilah Kamsah dan lain lain lagi. Sebabnya, bila kita mendengar kepada mereka, kita akan terbawa untuk melakukan apa yang diunjurkan. Kepada yang beriman pastinya, beramal dan mendekatkan diri kepada Allah dapat membantu kita menjadi positif. Pengalaman saya sendiri; saya ini bukanlah orang alim, sembahyang pun kadang tertinggal, apatah lagi amalan amalan sunat , memang sangat kurang. Tapi asbab saya selalu mendengar ceramah Prof Dr Fadhilah Kamsah dan Prof Dr Muhaya, apabila saya dalam kesusahan , saya akan cari Allah dengan banyakkan berdoa dan buat solat hajat untuk mencari penyelesaian dalam setiap permasalahan. Saya percaya Allah akan sentiasa mendengar mahluknya kerana mahluknya tidak sempurna dan Allah akan bantu mahlukNya walau siapapun dia. Alhamdulillah, saya selalu mendapat bantuanNya walaupun saya rasa saya tidak layak untuk terima bantuanNya kerana banyak kekurangan saya dalam memenuhi tuntutanNya. Alhamdulillah.
Saya juga belajar menjadi positif daripada abah saya sendiri. Saya sangat kagum dengan sifat positif abah saya. Abah saya diuji dengan ujian, dimana menantu-menantunya semua bermasalah, tapi, ayah saya sangat positif. Dia tidak pernah mencampuri urusan rumahtangga kami. Dia hanya memberi nasihat kepada kami (isteri - isteri, kerana adik beradik saya yang berkahwin semua perempuan) supaya bersabar dan berdoa. Dia hanya membantu mana yang dia termampu sahaja apabila kami perlukan tanpa mengganggu urusan dan keputusan menantu-menantunya dalam urusan rumahtangga kami. Kami tahu, walaupun kadang hatinya sedih melihat masalah yang kami (para isteri) hadapi kerana diperlakukan sebegitu , namun doanya terutama doa emak, supaya keadaan rumahtangga kami menjadi baik selalu memberikan kebaikan kepada kami. Alhamdulillah, walaupun kadangkala rumahtangga kami dipukul badai yang pada satu ketika dirasa tak dapat diselamatkan lagi, tetap akhirnya berakhir dengan kebaikan.
Jadi, dalam permasalahan rumahtangga, kalau suami kurang, isteri tolong tambahkan, kalau isteri kurang, suami tolong tambahkan. Kalau isteri ada kekurangan, suami jangan pandang rendah tapi bantu, suami, kalau ada kekurangan, isteri jangan pandang rendah tapi bantu.