Thursday, December 13, 2018

Aku dan Masa Lalu - 1

Aku kadang kadang merasa kalau dapat diputarkan masa ke zaman kanak kanak ku. Menjadi anak pertama mungkin aku adalah bahan eksperimentasi kepada ibu bapa ku untuk belajar menjadi ibu dan bapa. Lebih lebih lagi kepada ibu ku yang waktu mengandungkan aku masih sangat remaja pada aku, iaitu 17 tahun. Namun itu mungkin dikatakan jodoh, dia berkahwin seawal umur 18 tahun dengan bapa ku yang ketika itu berumur 30 tahun . Beza umur mereka 12 tahun. Seawal umur 18 tahun aku masih belajar, tak dapat nak gambar wanita semuda ibuku mengandungkan aku pada waktu itu. Pada umur 18 tahun apa yang aku fikir hanyalah belajar, berkawan dan nak lulus periksa.

Asbab umur ibuku yang sangat muda itu mungkin menyebabkan aku merasakan aku lebih rapat dengan arwah Nenekku. Arwah nenek ku yang banyak mengajar aku sembahyang, berpuasa, adab sopan orang Melayu dan bercerita tentang rasul. Arwah nenek ku seorang mak andam dan agak dikenali di kampung ku. Arwah nenek juga boleh dikatakan independent sebab dia seorang balu dengan 9 orang anak. Dia menjual kopi dari kebun yang ditinggalkan suaminya, mengandam dan berjual hasil kraf untuk menyara kehidupannya anak beranak. Kebetulan ayah aku anak kedua bongsu dan rapat dengan nenek ku sehinggakan ayahku sanggup berpindah duduk bersama nenekku demi menjaga nenek ku . Basically, aku membesar di rumah pusaka peninggalan arwah atuk bersama nenek ku. 

Al maklum, dulu dulu pelajaran kurang diambil perhatian, kedua orang tua ku tidak berpelajaran tinggi tapi ayah seorang yang sangat bertanggungjawab dan komited dengan kerja. Demi menjaga keluarga beliau lebih rela berulang alik dari Banting ke Port Klang selama 32 tahun menghambakan diri bekerja pelabuhan. Ayah ku seorang pemandu kren di Pelabuhan Klang namun kerana komitednya pada kerja beliau akhirnya menjadi trainer jentera di Pelabuhan Klang. Alhamdulillah pendapatan ayah aku lebih baik apabila dia menyertai syarikat swasts berbanding ketika waktu dia bekerja sebagai guru matematik dan di Lembaga Pelabuhan Klang. Namun masa beliau dengan kami sangat terhad maklumlah kerja di pelabuhan ada shift.

Aku selalu menjadikan dia role model sebab dia seorang yang bertanggungjawab dan ada prinsip hidupnya. Pada dia keluarga adalah keutamaan, dan hutang adalah sesuatu yang paling dia akan elakkan. Seingat aku dia tidak pernah berhutang kecuali hutang rumah teres yang dibelinya dengan harga RM30,000 yang dipinjam dari Koperasi LPK. Oleh kerana prinsipnya yang tak suka berhutang maka kehidupan kami sangatlah sederhana namun cukup serba serbinya. Ayah aku juga seorang yang penyayang dan sangat menjaga kebajikan adik beradiknya dan adik beradik ibu aku. Dia banyak membantu adik beradiknya yang mengalami masalah kewangan waima adik beradik dia atau adik beradik ibu ku. Untuk anak anak pula dia membuat potongan gaji untuk simpanan anak anak dan ibu ku di tabung haji. Makanya, semenjak bayi kami adik beradik ada akaun Tabung haji. Duit tulah kami guna untuk sambung belajar. 

Ibu aku pula aku rasakan dia seorang yang manja dan kurang ilmu parenting, maklumlah dia terlalu muda semasa dia berkahwin namun dia bijak dalam mambantu ayahku mencari peluang menambah pendapatan. Dia berjual kuih dan kerepek bagi menambah penadapatan keluarga. Dia juga pandai main kutu. Jadi dapatlah dia membeli barang barang yang dia suka macam barang kemas, pinggan mangkuk , pergi salon dengan duit jualannya tanpa membebankan ayah aku. Cumanya dulu aku selalu berangan untuk punya ibu yang lebih berpelajaran dan berkerjaya sebab pada aku kalau ibu aku berpelajaran dan bekerjaya mungkin mindanya akan lebih terbuka. Jadi perhubungan aku dengan ibu semasa aku kecil tidak serapat hubungan aku dengan nenek ku. Aku lebih appreciate arwah nenek ku dari ibu pada masa aku kecil. Namun ibu banyak berubah kepada yang lebih baik seiring dengan umurnya yang meningkat. Adik adik ku lebih mendapat perhatian bila umur ibu ku semakin meningkat. Namun aku bersyukur sebab ibu seorang yang cantik, lembut dan penyayang. 

Aku pula semasa kecil ku suka berangan untuk menjadi orang yang pandai dan bekerja dipejabat. Jadi sedari kecil aku selalu berusaha menjadi yang terbaik walaupun aku taklah sepandai mana. Aku ingat lagi, umur ku 5 tahun aku dah boleh menghafal ABC samapai Z better dari sepupuku. Aku selalu show off bila berkumpul raya di rumah arwah Atuk ku yang aku dah lancar membaca dariapada sepupu sepupu ku yang lain. Semua pak cik dan makcik ku pun suka dengan aku . Namun aku selalu di ajar untuk merendah diri oleh ibu ku , jadinya bila nak tunjuk talent tu kadang kadang terbantut. 

Yang paling aku masa kecil kecil, mak aku suka mensedondonkan baju raya aku dengan adik ke 2 aku. Masa tu aku sangat sayang pada adik aku yang no 2 tu tapi dia lebih mendapat perhatian semua ahli keluarga kerana sifatnya yang lebih cerita dan banyak banyak cakap dari aku. Dia juga banyak kelebihan, dia ada lesung pipit di kedua belah pipi dan pandai berjalan di hujung jari ala Bellerina. Sifatnya yang ceria lebih cepat menarik perhatian ahli keluarga dariapada aku yang memang dikenali sangat pendiam dan pemalu. Namun aku seorang kakak yang protective. Semasa di sekolah aku suka nak check adik ku sehingga dia berasa kurang selesa. Tapi masa tu aku rasa sangat bertanggungjawab dan bangga menunjukkan aku seorang kakak. Namun masa berlalu, dan berubah, dia bukan lagi adik yang kecil yang perlu dijaga oleh kakaknya lagi.