Kehidupan di dunia adalah pemberian Tuhan yang paling berharga kerana kita diberi peluang menikmati pemberianNya.
Kita sebagai umat manusia wajib mensyukuri pemberianNya dan jangan sekali menyesali pemberianNya. Ada sesetengah orang merasakan kehidupan mereka serba kekurangan sedangkan mereka tidak menyedari akan kelebihan yang diberi, mereka sering melihat kepada kekurangan dan tidak pada kelebihan yang ada. Pada mereka yang dah senang, masih lagi tidak mensyukuri apa yang diberi malah menegeluh akan keadaan yang sedia ada.
Yang pasti kehidupan ini hanyalah pinjaman, tiba masanya nanti kita akan pulang ke pangkuanNya juga.