Lelaki dan perempuan ada banyak perbezaannya. Perempuan kebanyakkannya berhati lembut dan senang mengalah. Berbeza dengan lelaki, mereka berhati keras dan sukar untuk mengalah, lebih-lebih lagi kepada isterinya. Perempuan hatinya cekal tapi lelaki cepat mengalah. Perempuan lebih rajin jika dibanding dari perempuan. Memang tidak semua wanita dan lelaki seperti digambarkan tapi itulah hakikat kebanyakannya.
Lelaki yang yang mempunyai sifat yang berbeza daripada apa yang saya nyatakan di atas kebanyakan berjiwa seni. Lihat kepada architect lelaki, pelukis lelaki, sasterwan lelaki, kebanyakan mereka berminat kepada kecantikan, keindahan dan kehalusan. Meraka ini agak berbeza dengan sifat lelaki biasa. Jiwa mereka lebih lembut, praktikal dan penyayang. Mereka suka kebersihan, sebab itu sebahagian mereka suka berkemas dan sentiasa akan memastikan rumah mereka bersih dan mempunyai susunatur rumah yang menarik. Mereka sukakan keindahan maka mereka akan memastikan rumah mereka indah, bersih dan selesa.Lelaki daripada golongan ini biasanya di senangi wanita dan kalau isteri pula, golongan ini adalah suami yang paling senang diurus
Lelaki yang bekerja biasa dan jurutera biasanya berjiwa keras, ego. Mereka kurang mementingkan kebersihan rumah. Mereka selalu mersakan diri mereka lebih daripada orang lain lebih-lebih lagi pasangannya. Mereka sukar untuk menerima pendapat orang lain dan suka bercakap besar. Mereka suka berlumba. Akibat sikap mereka yang ego, bercita-cita tinggi, mereka sering mengabaikan benda yang kelihatan remeh tetapi membawa impak dan kesan yang sangat besar. Mereka kadang-kadang terlupa akan kelebihan pasangannya.
Daripada pandangan saya golongan lelaki yang tergolong di dalam kumpulan yang kedua lebih ramai daripada golongan lelaki yang tergolong di dalam kumpulan satu.
Wanita pula biasanya berjiwa lembut, sensitif dan peka kepada keadaan sekeliling. Mereka lebih gemar mengalah bagi mengelakkan keburukkan walaupun kadang-kadang membunuh perasaan diri. Mereka lebih rela berkorban untuk kebahagiaan orang tersayang. Wanita seperti ini biasanya mengejar cita-cita dalam diam mereka. Mereka kelihatan lebih low profile dan humble, namun mereka sebenarnya penuh dengan kemuliaan. Mereka lebih gemar berdiam diri daripada bercerita dan mereka lebih gemar menjauhkan diri daripada bercerita mengenai orang lain. Mereka lebih menghormati orang tua dan suaminya. Walaupun mereka tidak sempurna, biasanya mereka akan berusaha untuk menjadi yang sempurna. Namun mereka selalu digolong sebagai orang yang kolot , tidak pandai bergaya dan ketinggalan.
Namun begitu terdapat juga sesetengah wanita yang berjiwa keras. Mereka dikategorikan wanita yang sangat berbahaya, kerana mereka sanggup menghancurkan kebahagiaan sesebuah keluarga demi cita-cita mereka. Ada antara mereka yang gemar bermuka-muka dan phsyco demi untuk mendapat perhatian orang lain. Tapi ramai perempuan yang mempunyai skill mengampu yang paling terrer. Ada yang sanggup mengebelakangi rasa hormat pada orang tua semata-mata nak buat drama. Ada juga yang tak segan silu mencanang kisah rumah tangga demi mencari simopati. Ada pula yang sanggup tinggalkan suami semata-mata kerana harta. Ada pula yang buat drama bila allowance bulanan kena potong. Namun mereka mempuyai cita-cita yang sangat tinggi.
Ramai wanita yang tergolong di dalam kumpuan dua daripada kumpulan satu.
Terpulang kepada anda untuk menilai lelaki dan wanita. Sesungguhnya kita sebagaio mahluk Allah tidak pernah sempurna. Maka kita perlu hormat menghormati sesama kita serta menerima seadanya diri kita. Terimalah kekurangan diri seadanya supaya kita sedar diri kita di sisiNYa.Apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman.